Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Imbas QR Kod di atas untuk
capaian melalui mobil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Pautan Luar

Kemaskini Pada: 15 08 2018
Versi 8.1.0
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) ditubuhkan pada 27 April 2017 yang merupakan unit baru di Jabatan Ketua Menteri di bawah portfolio Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas. UNIFOR diketuai oleh Datu Dr Ngenang Anak Janggu yang dilantik sebagai Pengarah.

Penubuhan UNIFOR sebagai sebuah agensi kerajaan negeri merupakan cetusan idea bekas ketua menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dasar bagi mempromosikan keharmonian antara agama selain menilai, mencadangkan dan merumuskan dasar, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal agama bukan Islam di Sarawak.

UNIFOR akan menjadi landasan bagi permohonan untuk dana dan tanah untuk pembinaan gereja-gereja atau kuil-kuil baru atau pembaikan.

  • Mengurus operasi pentadbiran harian;
  • Menyelaras pengurusan dan pembangunan sumber manusia untuk kakitangan;
  • Melaksanakan inisiatif kualiti dan inovasi;
  • Mengemaskini dan memantau rekod kakitangan;
  • Menguruskan dan menyelaras sistem pemfailan;
  • Menyediakan dan merancangkan keperluan belanjawan operasi tahunan dan anggaran pembangunan untuk projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah bidang kuasa Unit; dan
  • Memantau dan menyimpan rekod dan laporan kewangan.
  • Mengurus dan mengendalikan isu-isu agama yang bertentangan dari sudut Dasar;
  • Menjadi urus setia kepada Sarawak Unit For Other Religion Charitable Trust;
  • Menyelaras penganjuran aktiviti keagamaan bukan Islam;
  • Menyelaraskan permohonan penglibatan imam asing dan pekerja agama oleh semua institusi agama bukan Islam di Sarawak;
  • Memantau dan menyusun semula semua aktiviti pendidikan keagamaan bukan Islam di institusi pendidikan awam dan swasta;
  • Skrin dan mengesahkan kandungan buku agama, majalah dan penerbitan agama lain (bercetak dan digital);
  • Memantau dan melaporkan kepada pihak berkuasa yang relevan berhubung apa-apa bahan cetak agama (baik Islam dan bukan Islam) dalam edaran yang didapati menyinggung kepercayaan agama lain;
  • Memantau dan mengurus semula pengurusan institusi agama bukan Islam; dan
  • Menetapkan S.O.P untuk bacaan doa dan protokol semasa majlis rasmi yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu kehormat.