Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 17 08 2017
Versi 8.0.2
1144325
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Dalam menempuhi abad ke-21 ini, kita mula menyedari bahawa pihak polis boleh melakukan kerja-kerja mencegah kegiatan jenayah jauh lebih berkesan dengan adanya penglibatan pihak masyarakat.

 

Pencegahan jenayah bukan lagi menjadi tugasan pihak polis sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab yang menjadi  sebahagian  dari diri anda dan saya. Ia adalah untuk kebaikan kita sendiri. Kita tidak harus lupa bahawa lebih daripada 90 peratus jenayah ialah terhadap harta-benda.

 

Kejayaan skim jiran tetangga menunjukkan bahawa kerjasama komuniti boleh menjana keselamatan dan keyakinan dalam mencegah jenayah.

 

Tujuan laman web ini adalah untuk mengingatkan anda mengenai beberapa cara yang praktikal dalam mencegah jenayah dengan melindungi:

* Diri Sendiri
* Keluarga Anda
* Rumah Anda
* Kepunyaan Anda
* Masyarakat

 

Nasihat yang diberikan di sini adalah perlu bagi meningkatkan keselamatan peribadi dan isi rumah, begitu juga dengan ketenangan fikiran anda. Kami juga menggalakkan anda untuk menerima cabaran dalam menentukan komuniti anda lebih selamat. Dengan penyertaan dalam pencegahan jenayah, anda akan menjadikan Sarawak tempat yang lebih baik dan selamat untuk didiami.