Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Topik Popular
Pengenalan JKM
Borang permohonan penyelidikan
Direktori staf JKM


Pautan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak
Kemaskini Pada: 20 10 2017
Versi 8.0.2c
1225183
PengenalanPengenalan

Jabatan Ketua Menteri Sarawak merupakan pusat pentadbiran bagi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.  Negeri Sarawak merangkumi dua belas bahagian pentadbran iaitu Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.  Kesemua bahagian diletakkan di bawah seliaan Residen yang melaporkan diri kepada JKM Sarawak.  Manakala, setiap bahagian pentadbiran merangkumi beberapa daerah yang ditadbir urus oleh Pegawai Daerah yang melaporkan diri kepada Residen bahagian masing-masing. 

JKM Sarawak bertanggungjawab memacu transformasi Negeri Sarawak dengan mernerajui dan melaksanakan pelan transformasi, secara amnya sentiasa membangunkan negeri agar selari dengan arus kemajuan dan pembangunan perdana. Sehubungan itu, Jabatan Ketua Menteri Sarawak telah mengambil beberapa langkah positif dengan mewujudkan beberapa unit yang dipertanggungjawabkan dengan bidang kuasa masing-masing.  Jabatan Ketua Menteri Sarawak juga memainkan peranan serta tanggungjawab dalam memastikan segala dasar, program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

JKM Sarawak berpusat di bangunan Wisma Bapa Malaysia. Bangunan berkenaan telah dirasmikan pada 17 Ogos 1976 mengambil nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, selaku "Bapa Kemerdekaan".