Polls
Announcements

Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION)

Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Latar Belakang

SEJARAH PENUBUHAN UNION

1.1.1 Unit Integriti dan Ombudsman Negeri bermula sebagai Seksyen Disiplin dan Integriti di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri. Kini, ia terus diperkasakan sebaris dengan unit-unit lain di bawah Jabatan Ketua Menteri. Fungsinya tidak hanya terhad kepada penjawat awam negeri, malah diperkembangkan lagi merangkumi seluruh lapisan masyarakat di Negeri Sarawak. Ini jelas menggambarkan komitmen yang konsisten dan berterusan kerajaan negeri dalam membudayakan integriti di segenap lapisan masyarakat. 
1.1.2 Penubuhan unit ini juga adalah selaras dengan pewujudan portfolio Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman).   Yang Berhormat Datuk Haji Talib bin Zulpilip telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) yang pertama berkuatkuasa pada 7 Mei 2017. 
1.1.3 Pada 25 Januari 2018, Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak dengan sembilan (9) perjawatan sebagai permulaan.  Unit ini secara rasminya telah beroperasi mulai 1 Februari 2018.