Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Imbas QR Kod di atas untuk
capaian melalui mobil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Pautan Luar

Kemaskini Pada: 8 05 2019
Versi 8.2.1
Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Ketua Menteri Sarawak
Piagam Pelanggan

1.

Memastikan proses-proses berikut tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan memenuhi semua syarat:

a.

Pengeluaran Pesanan perolehan (LPO & SO) dalam tempoh dua (2) hari bekerja (Untuk membolehkan perkara di atas dilaksanakan, permohonan Pesanan Perolehan dan Perkhidmatan wajib dikemukakan ke Seksyen Kewangan lima (5) hari bekerja sebelum perolehan diperlukan).

b.

Bayaran terhadap tuntutan perjalanan, elaun perjalanan kenderaan dan elaun lebih masa dalam tempoh tujuh (7) hari.

c.

Bayaran terhadap Invois daripada pembekal dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

d.

Input gaji dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

e.

Pindahan/agihan peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

2.

Mengurus dan memberi kelulusan terhadap permohonan-permohonan berikut, tertakluk kepada semua dokumen telah dilengkapkan, termasuk tapisan keselamatan oleh agensi berkaitan (di mana perlu) seperti termaktub:

a.

Permohonan Lesen Pungutan Awam diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima permohonan yang lengkap daripada Pejabat Residen.

b.

Pas Lawatan (Kerja Sementara) Pembantu Rumah selain Indonesia, Pas Lawatan (Ikhtisas), Professional Guru Agama (Missionary), Konsert/Hiburan dan Perfileman dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja.

c.

Permohonan Kebenaran memandu kenderaan rasmi kerajaan dalam sepuluh (10) hari bekerja.

d.

Permohonan pembelian senapang patah dan permit membawa & mengguna (C&U) senapang patah dalam tempoh tiga (3) bulan.

e.

Perlantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dalam tempoh tiga (3) bulan.

f.

Kelulusan bagi urusan permohonan perpindahan alamat premis perniagaan agensi nombor ramalan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

3.

Mengurus dan mengendalikan perkhidmatan logistik seperti berikut:

a.

Keputusan permohonan untuk menduduki kuarters Kerajaan Negeri disampaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas ianya diterima daripada Ahli Lembaga Perumahan.

b.

Barang-barang stok yang dimohon diluluskan dan diserahkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sekiranya stok terdapat di dalam stor.

c.

Tindakan segera ke atas aduan kerosakan ICT dan akan diselesaikan secara dalaman dalam tempoh masa dua (2) hari bekerja sekiranya tidak melibatkan pembekal (vendor).

4.

Mengurus dan memberi maklumbalas terhadap sebarang aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.