Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Imbas QR Kod di atas untuk
capaian melalui mobil

Hubungi Kami

Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Sarawak

Tel  :+6082-441957
Fax :+6082-441677


© Hak Milik Jabatan Ketua Menteri Sarawak 2016

Pautan Luar

Kemaskini Pada: 12 10 2020
Versi 8.3.0
Portal Rasmi
Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sarawak
Kenyataan Akhbar - 27 Jun 2020
Tarikh : 29 Jun 2020  Sumber Berita: "UNIFOR"
 

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama- Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Ketua Menteri hari ini telah mengeluarkan garis panduan Upacara Perkahwinan di Rumah Ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam, serta Upacara Pengkebumian dan Aktiviti Menziarahi Kubur, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Ini adalah selaras dengan ketetapan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berikutan pembukaan semula rumah-rumah ibadat Agama-Agama Lain selain Agama Islam di seluruh Sarawak yang telah berkuatkuasa 20 Jun yang lepas. 

Upacara Perkahwinan ini akan dilaksanakan tertakluk kepada pematuhan syarat yang telah dipersetujui, iaitu rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam yang mempunyai Penolong Pendaftar Perkahwinan yang dilantik di bawah Seksyen 28 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dibenarkan untuk menjalankan upacara perkahwinan di rumah ibadat masing-masing. 

Jawatankuasa tersebut juga telah membenarkan jumlah kehadiran ke Upacara Perkahwinan dan Persatuan Agama Bukan Islam dihadkan kepada 20 orang selepas mengambil kira penjarakan social sekurangkurangnya satu (1) meter. 

Kehadiran ke Upacara Pengkebumian pula adalah dihadkan kepada 50 orang yang terdiri daripada pemberi perkhidmatan (funeral services personnel) dan ahli keluarga terdekat sahaja. 

Menurut keputusan JPBNS lagi, kehadiran ke Aktiviti Menziarahi Kubur pada satu-satu masa pula telah dihadkan kepada 20 orang dan hanya terdiri daripada ahli keluarga terdekat sahaja.

Jawatankuasa juga telah memutuskan untuk TIDAK MEMBENARKAN Kanakkanak di bawah berumur 12 tahun ke bawah menghadiri Upacara Perkahwinan di Rumah Ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam mahupun menghadiri Upacara Pengkebumian dan Aktiviti Menziarahi Kubur. 

Begitu juga mana-mana individu yang mempunyai gejala demam, batuk, selesema atau mempunyai suhu melebihi 37.5ºC adalah dilarang untuk ketiga-tiga upacara tersebut dan sebarang aktiviti social (makan, minum dsb) dan yang melibatkan sentuhan fizikal juga tidak dibenarkan. 

Semua rumah-rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam yang berhasrat untuk menjalankan semula sedemikian di rumah ibadat masingmasing mulai 1 Julai ini adalah dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan penuh berhati-hati mengikut kemampuan dan tahap kesediaan masingmasing bagi memastikan keadaan adalah sentiasa terkawal dan segala piawaian (SOP) yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya. 

Garis Panduan tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang UNIFOR di http://jkm.sarawak.gov.my dan http://jkm/sarawak.gov.my/UNIFOR . 

Ia juga boleh didapati di Ibu Pejabat rumah ibadat masing-masing serta Pejabat Residen dan Daerah. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi atau email pegawai seranta di Bahagian Polisi dan Pehubungan Awam UNIFOR : 

i. Encik Simon Engka Crown (simone@sarawak.gov.my/ 082-550610 ext 126/ 014-5750990); dan

ii. Encik Ambrose Linang Sidu (ambrosels@sarawak.gov.my/ 082-550610 ext 127/ 019-8780787). 

-Tamat-