Polls
Announcements
<< SENARAI ATURCARA

Integrity Run 2021

Selamat sejahtera salam integriti.

 

Dimaklumkan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak bersempena dengan Sambutan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2021 akan menganjurkan Integrity Virtual Run 2021 . Acara secara virtual ini adalah terbuka kepada semua dengan 3 kategori:

• 5km

• 10km

• 21km

Tempoh larian adalah bermula pada 1 Oktober hingga 30 November 2021 .

 

Sila layari pautan dibawah untuk mendaftarkan larian anda. Bagi yang belum memuatturun aplikasi Jomrun, disarankan untuk berbuat demikian bagi memudahkan penyertaan anda dalam larian ini kelak.

 

Walaupun kita masih dalam pandemik covid-19, amalan gaya hidup sihat amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Namun integriti tetap menjadi nilai utama dalam apa jua yang kita lakukan, Integrity Starts With You.

https://www.jomrun.com/event/Integrity-Run-2021

Tarikh: 1 Okt 2021 - 30 Nov 2021
Tempat: Virtual
Penganjur: Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri

Untuk keterangan lanjut, sila layari https://www.jomrun.com/event/Integrity-Run-2021